Pelabur Tunggu Keputusan FTSE Russel, Ketidakpastian Membelenggu Pasaran Tempatan!

230

Saham-saham di pasaran tempatan mencatatkan aliran positif pada sesi pembukaan dagangan dengan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh selain pelabur menunggu keputusan FTSE Russel berhubung pengecualian bon kerajaan Malaysia dari Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) hari ini.

Penanda aras FBM KLCI dibuka menokok 0.23 mata kepada 1,589.81 pada jam 9.05 pagi, dengan jumlah dagangan sebanyak 69.73 juta unit bernilai RM23.21 juta.

Bagaimanapun, masih terdapat ketidakpastian di pasaran tempatan walaupun prestasi semalaman di Wall Street positif berikutan pelabur mengabaikan berita siasatan Presiden Trump dan mula memberi fokus kepada keputusan FTSE Russel.

Rentetan daripada perkembangan terbaru mengenai perang perdagangan, saham Asia juga turut menunjukkan reaksi yang positif dengan prestasi yang lebih baik serta meningkatkan permintaan terhadap aset berisiko.

Antara saham yang meraih keuntungan di bursa tempatan adalah Petron Malaysia Bhd, Hong Leong Financial Group Bhd, Malaysia Airport Holdings Bhd, UEM Edgenta Bhd, MISC Bhd dan Cahya Mata Sarawak Bhd.

Mata wang tempatan meneruskan aliran penurunan berbanding dolar AS untuk dibuka pada 4.1930/1970 disebabkan pelabur mula meningkatkan permintaan terhadap dolar AS susulan perkembangan positif perang perdagangan yag akan berakhir.

Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Singapura pada 3.0406/0446 dan menokok kepada 3.8932/8973 berbanding yen Jepun. Selain itu, unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain pada 5.1821/1879 dan tinggi berbanding euro pada 4.6060/6108.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat