Pelabur Waspada, GOLD Nak Terjun Atau Catat Paras Ketinggian Terbaru Lagi?

827

Adakah momentum siri kenaikan harga emas sejak Mac lalu telah berakhir?

Setakat minggu lalu, harga emas telah mencapai paras harga tertinggi sehingga $2075 per auns pada Jumaat lalu dengan kenaikan yang agak mendatar.

Namun setelah merekodkan paras tertinggi sepanjang masa itu, harga pamerkan penurunan lebih ketara sehingga ke paras sekitar 2015.00 pada carta harga XAU/USD.

Penurunan turut didorong oleh pengukuhan semula US dolar dalam pasaran pada dagangan penghujung minggu lalu dengan sentimen pasaran yang berisiko.

Pelabur ingin melihat adakah penurunan harga emas akan kembali ke bawah paras $2000 semula jika permintaan terhadap komoditi berharga tersebut terus menyusut.

Secara teknikal, pergerakan harga pada carta XAU/USD telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat awal perubahan trend harga.

Namun, harga masih belum melepasi garisan trendline sejak peningkatan harga pada Julai lalu.

Melepasi trendline tersebut mengukuhkan lagi jangkaan pelabur untuk harga emas terus bergerak ke paras lebih rendah.

Namun, jika US dolar kembali bergerak lemah pada minggu ini, harga emas akan meneruskan peningkatan ekoran permintaan terhadap safe-haven juga akan turut meningkat.

Sekiranya trend pergerakan harga pada minggu ini kembali pamerkan kenaikan semula, paras tertinggi yang dicapai pada minggu lalu akan cuba diatasi untuk harga terus mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat