Pelaburan MAS, KWSP dan Khazanah Nasional Di US Akan Dipertingkatkan

126

Lawatan kerja delegasi Malaysia di Amerika Syarikat berakhir pada hari ini. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang juga merangkap menteri kewangan negara, mengumumkan tiga tawaran penting kepada Presiden US, Donald Trump dalam pertemuan mereka di White House.

“Saya ingin menyatakan kehadiran kami di sini adalah dengan satu cadangan yang kuat. Kami ingin membantu mengukuhkan ekonomi US”, jelas Najib dalam mesyuarat tersebut.

Tawaran pertama adalah peningkatan pembelian kapal terbang Boeing oleh Malaysia Airlines Bhd (MAS) dengan nilai yang dianggar lebih US$10 billion dalam tempoh 5 tahun.

Kemudian, Najib menyaksikan tanda tangan Memorandum Of Understanding (MOU) antara MAS dan Boeing Aircraft Corporation untuk pembelian kapal terbang baru termasuk pelarasan penyelenggaraan dan baik pulih fasiliti di Sepang dengan jumlah US$3.9 billion.

Perbincangan bersama Trump merupakan bahagian terpenting dalam lawatan kerja Najib di Amerika sepanjang 11-13 September.

Najib turut mengatakan Malaysia melalui KWSP, dana pencen utama negara telah melaburkan hampir US$7 billion dalam bentuk ekuiti, dan mungkin akan menambah lagi pelaburan antara US$3 billion – US$4 (RM12.6 billion – RM16.80 billion) bagi membantu pembangunan semula infrastruktur Amerika Syarikat.

Perdana menteri Malaysia juga menyatakan Khazanah Nasional, yang mempunyai pejabat rasmi di Silicon Valley, California, telah melabur sekitar US$400 juta ke dalam syarikat teknologi tinggi di sana, turut bercadang untuk meningkatkan pelaburan mereka.

Boeing Meluluskan Pembelian 16 Kapal Terbang Baru Oleh Malaysia Airlines (MAS)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat