Pelakon Anthony Hopkins Jual Koleksi NFT Dalam 10 Minit Je!

178

Sir Anthony Hopkins, penerima anugerah Oscar berjaya menjual koleksi non-fungible token (NFT), The Eternal Collection dalam tempoh kurang dari 10 minit.

Menerusi kerjasama dengan Orange Comet Inc, The Eternal Collections menghasilkan 1,000 koleksi NFT yang diinspirasikan daripada karya filem dibintangi oleh pelakon itu.

Malah, animasi kreatif seperti The Jester, The Lover, The Ruler, The Rebel, The Giver dan The Eternal yang mewakili watak archetypal* pelakon Hollywood tersebut turut direka dan mint.

*Karakter atau simbol yang boleh dikenali tanpa mengira tempat atau masa asalnya

Secara konteks, jualan koleksi itu merupakan yang terpantas dalam sejarah OpenSea walaupun Cointelegraph tidak dapat mengesahkan tuntutan sebelum diterbitkan, tegas Orange Comet.

Sementara itu, Hopkins mengucapkan jutaan terima kasih kepada komuniti NFT yang tetap yakin dengan koleksi tersebut di Twitter miliknya.

Diperjelaskan juga bahawa setiap 1,000 imej NFT akan mempunyai keunikan atau utiliti berlainan yang dipilih secara rawak.

Buktinya, para pembeli berkemungkinan akan mendapat buku seni yang ditandatangani pelakon tersebut, berpeluang untuk berbual dengan Hopkins melalui Zoom atau wallet pembeli akan menerima airdrop mesej dari pelakon itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat