Pelancaran Trailer GTA 6 Beri Petanda Positif Untuk 5 Token Gaming Ini!

617

“Wow terbaiklah, siapa kat sini yang ada beli token gaming ni angkat tangan.”`

Trailer Grand Theft Auto (GTA) 6 yang bakal dikeluarkan pada hari ini adalah acara penting bagi komuniti gaming termasuk pasaran mata wang kripto susulan mungkin terdapat satu ciri yang dapat menawarkan pemain memperoleh aset digital dalam kehidupan sebenar.

Oleh demikian, terdapat beberapa token gaming yang dijangka akan menyaksikan kenaikan besar-besaran, antaranya adalah Enjin Coin (ENJ), Apecoin (APE), Axie Infinity (AXS), Decentraland (MANA) dan The Sandbox (SAND).

Memang tidak dinafikan butiran gameplay dan urus niaga masih tidak diketahui sehingga sekarang, tetapi game tersebut dijangkakan akan mengaplikasikan teknologi blockchain termasuk pelaksanaan play-to-earn dalam game.

Susulan terdapat beberapa screenshots dan video gameplay dibocorkan, ramai pihak berpandangan transaksi kripto dalam gameplay di media sosial akan berlaku, tetapi perlu diingatkan Rockstar Games belum mengesahkan secara rasmi sebarang fungsi berkaitan aset digital dalam game.

Suka dimaklumkan spekulasi berterusan keluaran GTA 6 termasuk gembar-gembur yang mengelilingi gaming dan Web3 dapat mendorong harga token gaming mendaki lebih tinggi daripada paras semasanya.

Harga Internet Computer (ICP), Gala (GALA) dan SAND masing-masing telah melihat kenaikan 11.2%, 6.1% serta 7.8%, bagaimanapun token gaming baharu biasanya menghasilkan keuntungan lebih tinggi seperti yang dilihat semasa pelancaran beta Illuvium pada 28 November 2023.

Token gaming teratas lain yang mendahului dalam top 100 kripto mengikut modal pasaran ialah ENJ, APE, AXS dan MANA di mana token AXS baru-baru ini telah mempunyai pemegang sebanyak 300,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat