Pelombong Kripto Menang Besar? Jawapan Joe Biden Dalam Perintah Eksekutif Bawa Tuah!

494

Keputusan perintah eksekutif presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ke atas aset digital yang diumumkan semalam sebenarnya merupakan satu khabar mengujakan untuk syarikat perlombongan kripto.

Menurut penganalisis Jefferies Financial Group Inc. (JEF), Jonathan Peterson, walaupun perintah eksekutif itu memfokuskan kepada aset digital, tidak dinafikan ia adalah khabar positif untuk kripto yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi global.

Sebagai sokongan kenyataan Peterson, saham syarikat perlombongan kripto – Riot Blockchain meningkat lebih 11%.

Saham syarikat pembayaran digital juga turut meningkat, PayPal dengan rekod hampir 5% dan Block meningkat hampir 11%.

Tidak cukup dengan itu, persetujuan Biden terhadap ekonomi kripto begitu kontra dengan keputusan yang diambil China pada Mei 2021.

Kesannya membawa gelombang baharu dalam pelaburan di Amerika Utara seperti: The Bahamas, El Salvador, Mexico, dan AS.

Peterson tidak teragak-agak mengiyakan jika inilah indikator yang menunjukkan kerajaan AS lebih menyokong pelombong dan mata wang kripto.

Sebagai rekod, Biden telah mengeluarkan perintah pelaksanaan rang undang-undang mata wang kripto dan menggesa Jabatan Perbendaharaan membuat laporan berkaitan masa depan mata wang termasuk bagaimana sistem kewangan sesama gagal memenuhi kehendak pengguna.

Lantaran daripada itu, pasaran kripto menunjukkan pergerakan positif selepas Bitcoin (BTC) melonjak lebih 8% dari paras $39,393.64 sekitar jam 11 pagi kepada $42,592.07 pada tengah malam tadi waktu tempatan.

Bagaimanapun, BTC didagangkan pada $39,827.90 ketika artikel ini ditulis dengan penyusutan lebih 4% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat