Mexico Juga Akan ‘Join’ El Savador, Mahu Bitcoin (BTC) Diiktiraf Negara

738

Selepas presiden El Savador mahu menjadikan Bitcoin (BTC) sebagai matawang sah di negaranya, Mexico juga tidak ketinggalan apabila dikhabarkan akan bertindak sama.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh senator Eduardo Murat Hinojosa melalui satu twit semalam: ‘Saya akan mempromosikan dan mengusulkan rangka kerja undang-undang bagi matawang kripto di dewan rakyat’.

Hinojosa yakin, idea ini dapat membantu dalam memimpin peralihan negara kepada era teknologi kripto dan fintech.

Malah, tidak keterlaluan untuk menyifatkan keputusan El Savador untuk mengiktiraf BTC sebagai matawang sah akan menghasilkan domino effects, sama seperti yang telah dilakukan oleh MicroStrategy hingga lebih banyak syarikat dan institusi turut terlibat dalam kripto.

Ahad lalu, ahli kongres Paraguay, Carlitos Rejala ada membuat kenyataan di laman Twitter, mendedahkan sedang bekerjasama dengan beberapa figura kripto tempatan untuk menjadikan Paraguay sebagai hub untuk pelabur kripto seluruh dunia.

Nampaknya, berbeza dengan Amerika Syarikat (AS), beberapa negara di Amerika Selatan dan Amerika Utara menunjukkan kadar minat yang tinggi terhadap sektor kripto.

Seperti Mexico, walaupun pada tahun lepas dilaporkan negara itu mencatatkan rekod kartel yang meningkat, perkara itu dilihat bukan satu penghalang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat