Pelonggaran Langkah-langkah Pencegahan COVID-19 Bakal Undang Musibah Lebih Besar!

345

Berikutan dengan penurunan kes coronavirus semasa di beberapa buah negara, mereka memutuskan untuk melonggarkan langkah-langkah pencegahan wabak berkenaan seperti perintah berkurung. Kebanyakan negara khususnya sebahagian negara Asia dan Eropah bakal melonggarkan perintah tersebut secara berperingkat memandangkan situasi semasa yang kelihatan sudah semakin pulih.

Namun begitu, tindakan tersebut telah menerima kritikan daripada pemimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menurut ketua pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, virus yang telah menjangkiti 2.5 juta penduduk serta mengorbankan lebih 166,000 nyawa di seluruh itu berpontensi untuk mengundang musibah yang lebih besar serta memburukkan lagi keadaan semasa. Selain itu, beberapa orang pakar kesihatan yang lain turut menjalankan kajian bahawa virus tersebut bakal menyerang benua Afrika iaitu kawasan yang kurang membangun serta memiliki sistem perubatan yang lemah.

Oleh yang demikian, WHO menyeru agar semua negara mempertimbangkan semula tindakan pelonggaran tersebut serta berusaha sedaya-upaya untuk membendung penularan wabak merbahaya ini.

Sementara itu, pertubuhan tersebut didakwa sedang berhadapan dengan situasi tegang apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bertindak untuk menyekat dana kepada mereka. Hal ini demikian kerana mereka dikatakan tidak jujur serta sengaja menyembunyikan maklumat penting berkenaan virus yang dikesan di China pada akhir tahun lalu.

Berikutan dengan tuduhan tersebut, WHO sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak pernah merahsiakan apa-apa lebih-lebih lagi berkaitan dengan isu penting yang melibatkan isu kesihatan dan keselamatan manusia sejagat.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat