Peluang $12 Juta Depan Mata, Tapi Pelabur Ini Hanya Untung $2K Dan Menyesal!

1,956

“Benda dah lepas, nak menangis kat tepi bucu katil pun dah tak guna.”

Sesetengahnya memperoleh keuntungan $1 juta tetapi terdapat yang lain membuat $0 melalui pelaburan sama, jadi dapat dilihat rahsia bagi menjana sejumlah besar wang dalam pasaran mata wang kripto adalah kesabaran dan masa yang turut memainkan peranan penting.

Hal ini kerana seorang pelabur awal mendapat peluang jelas bagi menjana $12 juta tetapi terlepas peluang dan impiannya yang ingin jadi jutawan musnah sekelip mata.

Diperjelaskan lebih lanjut, pelabur tersebut membeli kira-kira 1.25 juta memecoin dogwifhat (WIF) bernilai $5,000 pada Disember 2023 yang juga merupakan tarikh dilancarkannya pada harga sederhana $0.004.

Memang tidak dinafikan portfolio pelabur bertukar menjadi $7,000 daripada $5,000 apabila harga WIF menggunung dalam masa seminggu, tetapi beliau yang beranggapan keuntungan $2,000 adalah satu langkah genius telah bertindak menjual semua pegangannya dalam memecoin itu.

Sekiranya pelabur tersebut memegang WIF selama tiga bulan sahaja, pelaburan $5,000 boleh bertukar menjadi $12 juta dan semua keuntungan yang akan mengubah hidupnya itu akan dicapai dalam masa kurang daripada 100 hari pelaburan.

Rentetan berang terlepas buat untung berjuta-juta, pelabur kemudian memasukkan $100,000 dalam kripto lain tetapi semuanya lesap dalam sekelip mata, oleh itu beliau telah buat pengakuan tanpa nama di platform X untuk beri pengajaran kepada pelabur untuk sentiasa bertahan dalam jangka panjang.

Setakat penulisan ini, harga WIF yang didagangkan pada paras $3.42 telah merekodkan penurunan 7.98% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $3 bilion seterusnya susut 9.78% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat