Pembakaran SHIB Marak 2,200%, Harga Sedia Naik?

641

Shiba Inu (SHIB), sebuah token meme terkenal yang dianggap sebagai pesaing utama Dogecoin baru-baru ini berjaya memangkin  optimisme dalam kalangan pedagang dan pelabur pasaran kripto terutama pada hari ini, apabila kadar bakarannya meningkat kira-kira 2200%. Muncul di tengah-tengah sentimen pasaran yang kurang memihak, peningkatan ini dalam kadar bakar SHIB dilihat dapat menjadi faktor bullish dalam kalangan pemain pasaran kripto.

Sementara itu, SHIB diniagakan dalam keadaan hijau pada masa pembetulan, walaupun token tersebut juga mencatatkan beberapa penurunan singkat dalam wilayah merah dalam sehari yang lepas. Namun demikian, dengan lonjakan besar dalam kadar bakar token meme ini, yang turut disertai dengan sejumlah faktor bullish, SHIB berjaya mendorong optimisme pasran pada hari ini, 24 April.

Berdasarkan data Shibburn, kadar bakar Shiba Inu melonjak 2211.89% dalam tempoh 24 jam yang lepas dengan pembakaran sebanyak 1.84 juta token. Ini secara amnya merupakan faktor bullish kerana bekalan SHIB berkurangan.

Komuniti kripto Shiba setakat telah menyaksikan pemusnahan sebanyak 410.726 trilion SHIB, yang utamanya dipacu oleh mekanisme pembakar meme ini.

Semasa penulisan, token Shiba Inu mencatatkan kenaikan sebanyak 0.92% dalam tempoh 24 jam yang lepas dan kini berada pada $0.00002716. Tahap rendah dan tinggi 24 jam token tersebut adalah masing-masing $0.00002629 dan $0.00002796, mencerminkan tempoh perdagangan sampingan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat