Pembelian Asing Ekuiti Malaysia Naik 3x Ganda, Aliran Masuk RM400.7 Juta

281

Pembelian asing bagi ekuiti Malaysia meningkat kepada RM400.7 juta minggu lepas daripada RM131.8 juta pada minggu sebelumnya. Ini menandakan berlakunya peningkatan pada pembelian bersih minggu ketiga berturut-turut.

Menurut laporan MIDF Research, pelabur asing merekodkan belian bersih setiap hari pada minggu lepas dengan hari Selasa menyaksikan aliran masuk tertinggi sebanyak RM188.9 juta.

Katanya lagi, sektor yang mempunyai aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM211.1 juta), utiliti (RM200.7 juta) dan teknologi (RM56.3 juta).

Sementara itu, aliran keluar bersih asing tertinggi dicatatkan oleh sektor perladangan (RM36.4 juta), penjagaan kesihatan (RM27.5 juta) serta produk dan perkhidmatan perindustrian (RM15.4 juta).

Institusi tempatan kekal dalam jualan bersih ekuiti domestik untuk minggu ketiga berturut-turut yang berjumlah RM276.6 juta.

Bagi sektor perkhidmatan kewangan pula menyaksikan aliran keluar bersih tertinggi oleh kumpulan pelabur itu sebanyak RM218.7 juta. Hal itu menewaskan saham seperti Malayan Banking Bhd atau Maybank (RM88.5 juta), CIMB Group Holdings Bhd (RM54.5 juta) dan Public Bank Bhd (RM44.5 juta).

Kini, peruncit tempatan meneruskan jualan bersih di Bursa Malaysia pada RM124.1 juta selepas terlibat secara ringkas dalam belian bersih RM9.5 juta minggu sebelumnya.

Mengulas mengenai senario antarabangsa, MIDF berkata kebanyakan indeks global ditutup lebih tinggi pada minggu lepas dengan pasaran Asia mempunyai minggu dagangan yang dipendekkan menjelang Tahun Baru Cina.

Kenaikan pasaran setakat tahun ini telah didorong oleh musim pendapatan yang kukuh, data inflasi yang berkurangan dan ekonomi AS yang berdaya tahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat