Pembukaan Semula Sempadan Pacu Syarikat Katering Penerbangan Brahim’s

568

‘Nak kena berterima kasih dekat kawan-kawan yang pergi bercuti luar negara ni.’

Brahim’s Holdings Bhd menyaksikan jumlah dagangannya melonjak melebihi 30 juta saham di Bursa Malaysia sejak pembukaan semula sempadan negara pada Jumaat lalu (1 April) apabila negara beralih ke fasa endemik Covid-19.

Pada Jumaat lalu, jumlah dagangan saham Brahim meningkat 33.89 juta daripada 1.71 juta pada hari sebelumnya manakala harga saham ditutup positif 12.5 sen daripada 8.5 sen.

Pada tengah hari Isnin (4 April), harga saham Brahim’s didagangkan naik 4% atau 0.5 sen pada 13 sen dengan 25.04 juta saham diniagakan.

Dengan nilai 13 sen, Brahims’s mempunyai permodalan pasaran terkumpul sebanyak RM36.35 juta berdasarkan 279.61 juta saham terkumpul.

Sejak bermulanya wabak Covid-19 pada 2020, Brahim’s telah jatuh ke penarafan Practice Note 17 (PN17) apabila ia jatuh ke paras semasa 31.5 sen pada 2 Januari 2020.

Kemudian pada Jumaat, harga saham Brahim’s ditutup melebihi 10 sen pada 12.5 sen buat kali pertamanya sejak 11 Januari 2022 apabila harga saham itu berakhir pada 10.5 sen.

Sekilas pandang, harga saham dan kenaikan volum Brahim’s mungkin disebabkan jangkaan prospek perniagaan yang lebih baik utnuk katering syarikat penerbangan itu seiring dengan lebih banyak permintaan untuk pengangkutan udara ketika Malaysia membuka pintu sempadan.

Pelan penyusunan semula yang melihatkan PN17 oleh Brahim’s juga akan dipantau dengan teliti.

Dalam pemfailan bursa pada Jumaat, ia menyatakan syarikat masih dalam proses merangka pelan penyusunan semulanya yang sepatutnya diserahkan kepada Bursa tidak lewat dari 27 Februari 2022.

Namun, pada 25 Februari 2022 lalu, Brahim’s telah mengemukakan permohonan kepada Bursa untuk lanjutan masa (EOT) untuk mengemukakan pelan penyusunan semula itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat