Pemegang Matawang Aussie dan Kiwi Jangan Ketinggalan Untuk Membaca Artikel Ini!

66

Dollar Australia stabil berbanding US Dollar pada hari Isnin, manakala Dollar New Zealand meningkat sedikit selepas pengumuman Data Pembuatan China. Selain itu, data pertumbuhan yang mengecewakan pada Jumaat lalu masih meninggalkan kesan buat US Dollar.

AUD/USD kekal stabil pada 0.7615, nilai tertinggi sejak 15 Julai.

AUD/USD, 15 minit
AUD/USD, 15 minit

 

Pada masa yang sama, data awal menunjukkan bahawa Official Manufacturing Purchasing Managers’ Index ditandakan menurun dari bulan sebelumnya.

Walau bagaimanapun, Data Pembuatan Caixin PMI meningkat kepada 50.6 pada bulan Julai berbanding 48.6 pada bulan sebelumnya.

China merupakan rakan eksport terbesar Australia dan kedua terbesar buat New Zealand.

Pada masa yang sama, NZD/USD meningkat 0.11%.

NZD/USD, 15 minit
NZD/USD, 15 minit

 

Jabatan Perdagangan berkata pada hari Jumaat bahawa Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat bagi suku ke-2 mencatat angka 1.2%, tersasar dari jangkaan awal, 2.6%.

Data yang mengecewakan itu berikutan jangkaan awal kenaikan kadar faedah oleh Fed.

Disamping itu, US Dollar yang mengukur kekuatan Greenback pula melonjak 0.08%, namun masih mencatat angka terendah dalam jangka masa 5 minggu.

 

Klik pada artikel ini jika anda rasa ingin entry pada minggu ini. Ceria-ceria selalu!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat