Pemimpin G20 Kongsi Pendapat Yang Sama Terhadap Kepentingan Perdagangan Bebas

67

Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso merasakan bahawa kesemua negara G20 berkongsi pendapat yang sama terhadap kepentingan perdagangan bebas.

Ketika ditanya mengenai dialog ekonomi akan datang, Aso menambah bahawa agenda dialog bersama-sama dengan Amerika Syarikat bermula bulan depan masih belum diputuskan. Namun begitu, beliau mahukan perbincangan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak di dalam bidang perdagangan dan ekonomi.

Bagaimanapun, komen tersebut langsung tidak meredakan kebimbangan terhadap ancaman perlindungan dari AS.

Dalam sidang kemuncak G20 yang dijalankan pada hujung minggu lalu, pemimpin ekonomi dan kewangan G20 telah berjanji untuk meletakkan perdagangan global yang bebas dan terbuka. Namun, mereka harus menerima kenyataan bahawa mesyuarat dua hari tersebut gagal menghasilkan kata sepakat dan kompromi terhadap halangan perdagangan di AS.

Ketagih Trade Gold, Jangan Sampai Gigit Jari!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat