Pemimpin Thailand Nak Airdrop Kripto Bernilai $300 Kepada 55 Juta Rakyat!

278

“Agaknya rakyat Thailand akan undi mereka ke untuk dapatkan airdrop kripto?”

Berikutan keadaan ekonomi negara yang begitu teruk, pemimpin parti pembangkang Thailand bertindak membuat perjanjian pilihan raya melibatkan pemberian token mata wang kripto.

Dilaporkan, parti pembangkang utama Thailand menawarkan wang tunai sebanyak $15 bilion melalui wallet digital berasaskan blockchain sebagai sebahagian daripada langkahnya untuk memulihkan ekonomi negara dan memerangi hutang.

Menerusi maklumat lebih lanjut, parti pembangkang diketuai Pheu Thai akan mengagihkan 10,000 baht bernilai $300 dalam kripto ke wallet digital 55 juta rakyat yang layak menerima ganjaran tersebut jika beliau dipilih untuk berkuasa.

Wang berikut akan diagihkan menggunakan wallet digital dibina pada teknologi blockchain yang dapat dibelanjakan untuk barangan mahupun perkhidmatan di kawasan kejiranan seseorang tanpa sebarang rintangan.

Umum mengetahui bahawa dana untuk membiayai program tersebut akan dikumpulkan daripada pelbagai sumber hasil kerajaan, melalui budi bicara perdana menteri dan cukai.

Sekiranya rancangan tersebut berjaya dilaksanakan, maka pengagihan dana dalam aset digital itu didapati berpotensi untuk memberi impak positif dan mengembangkan lagi pasaran kripto pada masa hadapan.

Selain itu, inisiatif berikut bukan sahaja dapat membuatkan masyarakat di seluruh dunia lebih yakin terhadap pasaran kripto malah rancangan El Salvador yang berhasrat mengumpul Bitcoin (BTC) di pasaran global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat