Pemulihan Fiskal Global Dilihat Perlahan Bagi 2022 & 2023

134

‘Pemulihan fiskal global perlahan seiring keadaan semasa.’

Ekoran sekatan Covid-19 yang berlaku semasa 2020 lalu, pemulihan fiskal global bagi tahun 2021 dilihat bergerak perlahan.

Menurut laporan agensi penarafan, Fitch Ratings, antara penyebab kepada kemerosotan pemulihan fiskal global adalah kerana pengaruh harga komoditi yang tinggi, inflasi yang mencanak, kenaikan kos pinjaman, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (GDP) yang lembab dan perang Rusia-Ukraine.

Terangnya, lonjakan inflasi yang diiringi oleh pertumbuhan ekonomi yang lembab tidak sama dengan dilema dasar yang dihadapi pihak berkuasa fiskal dengan bank-bank pusat.

Tambahnya, kerajaan berkaitan Fitch telah memperkenalkan langkah sokongan bagi membantu isi rumah serta perniagaan dalam bersiap sedia menghadapi peningkatan harga yang pantas dan lebih banyak dasar andai harga berterusan naik.

Selain itu, Fitch turut menyatakan dasar kenaikan kadar yang terus meningkat telah menandakan berakhirnya zaman kos pinjaman kerajaan yang rendah dan secara tidak langsung memberikan kesan buruk kepada penguasa pasaran maju.

Disamping itu, kedudukan fiskal pasaran baru muncul dilihat berbeza berbanding sebelum pandemik.

Hujahnya, perkara ini boleh dikaitkan dengan lonjakan harga komoditi yang menyokong hasil kerajaan dan pertumbuhan GDP nominal di wilayah pengeksport komoditi termasuk Majlis Kerjasama Teluk dan Amerika Latin.

Dalam pada itu, Fitch turut menyatakan perbezaan fiskal yang besar telah menyebabkan perbezaan penarafan yang lebih besar.

Olahnya, bilangan kerajaan yang dinilai ‘CCC’ atau rendah berada di paras tertinggi dalam sejarah sejak akhir 2020, dan keadaan kredit global semasa serta jangkaan Fitch bagi tahun hadapan mencadangkan tekanan fiskal serta penarafan yang berterusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat