Penambahbaikan Bakal Dilakukan, Bitcoin Cash Buat ‘Comeback’!

3,597

Bitcoin Cash mula membuat ‘comeback’ menjelang penambahbaikan dalam rangkaian hard fork. Bitcoin Cash (BCH) melonjak kembali ke dalam senarai sepuluh teratas kripto berdasarkan permodalan pasaran setelah kenaikan 68% untuk minggu ini.

Harga Bitcoin Cash (BCH) naik dari paras $ 1,068 menjadi $ 1,462 hanya dalam masa 24 jam, menambah peningkatan yang ketara dari paras terendah mingguan dalam julat $ 800.

Lonjakan harga itu membuatkan BCH terus berada dalam daftar 10 teratas menjelang ‘hard fork’ yang dijadualkan akan dijalankan pada 15 Mei. Harfork ini akan memperkenalkan dua perubahan kecil walaupun ia bukan perubahan signifikan dalam rangkaian.

Pada Bitcoin Cash (BCH), blok dilombong setiap 10 minit dan had rantai lama yang tidak disahkan adalah 50 transaksi. Ini akhirnya membolehkan aplikasi dalam jumlah tinggi membuat 50 urus niaga segera sebelum memerlukan pengesahan dalam satu blok. Namun hal ini dapat di atasi dengan adanya hard fork.

Kedua-dua perubahan yang bakal dilakukan akan mendorong Bitcoin Cash (BCH) kepada penggunaan jumlah yang lebih tinggi dan menjadikannya lebih mesra pengguna dengan aplikasi semasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat