Penambahbaikan Binance Ini Buatkan Pengguna ‘Senang Hati’!

1,507

Binance mengumumkan pelancaran ciri terbaru dari fungsi pelaburan tetap. Program pelaburan ini akan memudahkan perkhidmatan pelaburan kripto untuk pelabur runcit dengan membenarkan pembelian kripto pada jumlah yang tetap dalam satu jangka waktu.

Pengguna Binance boleh membua pra-tempah pembelian kripto melalui VISA dan Mastercard masing-masing. Harus dimaklumi, fungsi pelaburan tetap hanya disokong oleh VISA atau Mastercard buat masa ini.

Ciri-ciri terbaru ini akan memudahkan  pengguna dengan perkhidmatan pembelian automatik yang ditambah baik. Hal ini bermaksud para pelabur dapat menetapkan jumlah pembelian tertentu bagi kripto pilihan mereka dan jumlah nilaian itu akan ditolak dari Visa atau Mastercard mereka berdasarkan tempoh tertentu.

Dengan kata lain, pelabur boleh menerapkan DCA dalam strategi pelaburan mereka dengan pembelian berulang secara automatik. Sebahagian berpandangan bahawa strategi ini lebih selamat walaupun tidak menjanjikan pulangan yang terlalu lumayan.Walaupun begitu, pertukaran menunjukkan bahawa jadual pelaburan tetap ini mudah diubah atau ditangguhkan mengikut pilihan pengguna.

Disisi yang berbeza, Binance mengambil keputusan untuk menarik balik penawaran produk di Singapura. Penarikan tersebut berkuat-kuasa pada 9 September ini.

Susulan tarikh tersebut, pelabur Singapura tidak lagi dibenarkan untuk berdagang matawang kripto atau menerima sebarang pembayaran dalam dolar Singapura (SGD).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat