Penasihat Sendiri Positif COVID-19, Trump Masih Kebal?

581

Penasihat keselamatan nasional Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dikenali sebagai Robert O’Brien telah disahkan positif COVID-19. Beliau dikhabarkan mengalami gejala ringan dan telah menjalani kuarantin serta hanya bekerja dari lokasi kuarantin.

Hal ini demikian kerana beliau telah berkunjung ke Eropah untuk bertemu dengan para pegawai dari UK, Perancis dan Itali. Ketika pertemuan tersebut, mereka dikhabarkan tidak memakai topeng muka. Umum mengetahui bahawa Eropah kini sedang bergelut dengan gelombang kedua wabak coronavirus.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh White House, Presiden atau Wakil Presiden negara kuasa besar itu tidak terdedah dengan risiko jangkitan manakala urusan kerja yang melibatkan Majlis Keselamatan Nasional tetap akan diteruskan.

Untuk pengetahuan semua, Robert O’Brien yang berusia 54 tahun itu adalah salah seorang daripada pegawai tertinggi Trump yang telah dijangkiti dengan wabak pembunuh tersebut. Sebelum beliau dijangkiti, beberapa pegawai pentadbiran yang lain seperti setiausaha akhbar Naib Presiden Mike Pence, Katie Miller telah pun disahkan positif COVID-19 pada bulan Mei. Selain itu, pada bulan yang sama, pelayan peribadi Trump yang ditugaskan untuk menghidangkan makanan buat presiden itu juga positif COVID-19!

Manakala pada bulan ini, Kimberly Guilfoyle yang merupakan seorang pegawai terlibat dalam kempen pilihanraya Trump turut dijangkiti wabak itu.

Berdasarkan sebuah kenyataan, White House mendedahkan bahawa Trump menjalani ujian COVID-19 secara berkala begitu juga dengan semua pegawai yang mempunyai kontak rapat dengan presiden dan naib presiden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat