Penat Berada Di Bawah, ETH Tembus $3K!

208

“Wow sangat mengejutkan, adakah ETH akan meneruskan kenaikan lebih tinggi?”

Setelah sekian lama berada dalam fasa consolidation yang menaik, harga mata wang kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) akhirnya berjaya menembusi $3,135 pada awal pagi tadi daripada $2,910 pada 24 Februari 2024.

Suka dimaklumkan ETH yang telah dinaik taraf sebagai Proof-of-Stake (PoS) telah mendaki secara beransur-ansur ditambah pula terdapat prospek untuk lebih banyak keuntungan apabila kenaikan harganya terus tercetus.

Susulan momentum pembeli telah mendorong ETH mencecah lebih $3,000, terdapat pihak yang berpandangan harganya mungkin meneruskan kenaikan lebih tinggi untuk menyasarkan pula $3,200 yang merupakan paras paling dinanti-nantikan.

Dalam kes yang sangat menaik juga didedahkan bahawa ETH boleh menggunung ke harga tertinggi pada $3,500 iaitu kali terakhir diuji pada 5 April 2022.

Namun sekiranya harga ETH gagal mengekalkan kedudukannya di atas paras $3,000 maka aset digital tersebut mampu tergelincir semula di bawah $2,905 ataupun lebih lagi yang boleh membuat pelabur berasa gelisah.

Kejatuhan berpanjangan juga boleh menyebabkan harga ETH merudum untuk menguji semula $2,572, jadi di sini dapat dilihat bahawa penutupan harga di paras tersebut akan membatalkan tesis kenaikan harganya.

Sehingga berita ini ditulis, harga ETH melonjak sebanyak 2.96% pada paras $3,103 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $372 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 7.29% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat