Pendapatan Minyak Rusia Jatuh Akibat Pelaksanaan Had Harga

218
  • Barat bakal perluas had harga ke atas produk minyak Rusia lain
  • Jurang penanda aras minyak Rusia dan antarabangsa meluas

Had harga yang dikenakan ke atas penghantaran minyak Rusia tampaknya mula memberi kesan kepada kemerosotan pendapatan negara itu, kata pegawai Perbendaharaan Amerika Syarikat.

Negara G7, Australia dan Kesatuan Eropah (EU) telah meletakkan had $60 setong ke atas jualan minyak Rusia bawaan laut pada 5 Disember 2022.

Malah, tidak cukup dengan itu, gabungan tersebut dikatakan akan memperluaskan had harga ke atas produk minyaknya seperti petrol dan diesel pada 5 Februari.

Berucap kepada pemberita pada Rabu, pegawai kanan Perbendaharaan berkata Rusia telah kehilangan banyak wang setiap hari kerana had yang dikenakan.

Ujarnya lagi, kehilangan setiap dolar dalam pendapatannya akan menghalang Rusia daripada melabur dalam membiayai perangnya di Ukraine.

Ia merujuk kepada jurang antara penanda aras minyak Rusia dan dagangan Brent antarabangsa yang semakin meluas untuk melihat sebahagian gambaran tentang bagaimana pendapatan Moscow terjejas.

Minyak mentah gred Ural Rusia untuk penghantaran ke Eropah disebut harga pada kira-kira $53.43 pada Rabu berbanding minyak mentah Brent yang didagangkan sekitar $82 setong.

Secara berasingan, Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak mengatakan pengeluar minyak di negara itu tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembeli walaupun sekatan Barat dan had harga yang dikenakan.

Namun, beliau mengakui masalah utama bagi minyak Rusia adalah diskaun yang meluas kepada penanda aras antarabangsa dan peningkatan kos pengangkutan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat