Pendapatan Q1 2024 Nvidia Catat $26 Bilion, Kripto AI Memacak!

256

“Harapnya naik tinggi lagi la, jangan tiba-tiba terciduk pula balik.”

Nvidia, pengeluar cip artificial intelligence (AI) akhirnya mengeluarkan pendapatan suku pertama 2024 yang mencatatkan keuntungan mengatasi jangkaan iaitu pendapatan $26 bilion dalam tiga bulan pertama tahun ini.

Susulan Nvidia mendedahkan pembahagian saham 10-1 yang bertujuan pemilikan mudah antara pekerja dan pelabur, pemegang rekod akan menerima tambahan sembilan saham biasa pada 6 Jun 2024 untuk diedarkan pada hari berikutnya pada penutupan pasaran.

Kenaikan Nvidia mendorong kripto berkaitan AI memberi reaksi positif, di mana coins AI seperti Fetch.ai (FET) dan The Graph (GRT) berjaya mencatatkan pendakian lebih 2% dalam masa 24 jam lalu ditambah pula beberapa penganalisis turut menjangkakan pergerakan bullish.

Menurut Jensen Huang, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia berkata AI bukan sahaja akan membawa keuntungan produktiviti ketara pada hampir setiap industri malah bantu firma jadi lebih cekap kos dan tenaga sambil mengembangkan peluang pendapatan.

Suka dimaklumkan Nvidia melihat pendapatan $22.6 bilion iaitu kenaikan 23% daripada suku lepas dan perlu diketahui inovasi ketara termasuklah pengumuman platform Nvidia Blackwell bagi menyambut era baharu pengkomputeran AI.

Pendapatan lebih baik daripada jangkaan ini mengikuti aliran masuk sama daripada saham teknologi susulan ia terus melonjak di tengah-tengah kenaikan suku pertama 2024.

Bagi suku kedua 2024, Nvidia menjangkakan pertumbuhan hasil sebanyak $28 bilion semasa terdapat faktor positif lain sementara harga aset itu kini didagangkan pada $949.50 iaitu susut 0.46% lebih awal daripada keluaran kewangannya baru-baru ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat