Pendirian Pro-Perniagaan Trump akan Melonjakkan Pasaran Saham US

49

Pasaran ekuiti US meningkat minggu lepas berikutan pemulihan kepada sentimen kemenangan Trump. Pada mulanya kemenangan Trump dilihat negatif terhadap pasaran dan selepas ucapan kemenangan beliau sentiment bertukar menjadi positif.

Citibank meramalkan kemenagan Trump akan menyebabkan kejatuhan pasaran saham sebanyak 5%. Selain itu, penganalisis juga menjangkakan peningkatan permintaan terhadap aset safe haven.

Penganalisis sebenarnya tidak lah salah sepenuhnya jika dilihat daripada awal pengiraan undi yang menunjukkan matawang US dolar dan indeks S&P 500 jatuh sepanjang proses pengiraan undi sehinggalah Trump secara rasmi diumumkan sebagai Presiden US ke-45.

Sehinggalah sentimen semasa berubah semasa ucapan kemenangan beliau yang mengatakan akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi US sebanyak dua kali ganda, pembinaan infrastruktur yang lebih baik dan perjanjian perdagangan yang adil dengan negara lain.

Hal ini dilihat sebagai sesuatu yang positif kepada suasana perniagaan di US. Tambahan pula, Trump mahu mengurangkan cukai korporat kepada 15% yang pada masa ini pada kadar 34%.

Saham kewangan dan penjagaan kesihatan menyaksikan peningkatan pengaliran dana berikutan kemenangan Trump ke paras tertinggi mingguan sejak lima tahun lepas. Pengurangan cukai korporat akan menambahkan keuntungan modal korporat yang boleh digunakan untuk pelaburan oleh syarikat-syarikat di US. Pelaburan ini boleh disalurkan kepada pengembangan syarikat bagi peningkatan pengeluaran yang secara tak-langsung memerlukan lebih ramai pekerja.

Minggu lepas indeks S&P 500 meningkat sebanyak 8% sambil saham penjagaan kesihatan mencatatkan kenaikan 4.7%. Saham industri kesihatan dilihat volatile (turun-naik) dalam keadaan tidak menentu berikutan dalam kempen Hillary Clinton yang mahu membuat reformasi dalam polisi berkaitan dadah di US.

Buat masa ini pasaran masih lagi bergerak ke-arah (priced-in) sentimen positif terhadap Trump dengan peningkatan kepada US dolar berbanding matawang dunia yang lain dan juga pasaran ekuiti US yang sedang menaik. Pun begitu, sentimen adalah berubah-ubah dari masa ke masa dan kita harus mengekori rapat berita-berita terkini agar kita mengetahui asas kepada keadaan sesuatu pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat