Penduduk Ramai Sangat! Jepun Bayar ¥1 Juta Untuk Tinggalkan Tokyo

345
  • Tokyo bandar terbesar di dunia mengikut populasi
  • ¥1 juta dibayar bagi setiap anak dalam setiap keluarga
  • Insentif meningkat dari ¥300k sebelumnya

Dalam usaha untuk mengurangkan populasi Tokyo, kerajaan Jepun menawarkan satu juta yen bagi setiap anak kepada keluarga yang keluar dari bandar itu.

Tokyo, adalah bandar terbesar di dunia mengikut populasi dengan mempunyai anggaran penduduk 38 juta orang.

Negara itu sebelum ini telah melaksanakan rancangan serupa, yang menyediakan 300,000 yen bagi setiap orang nak dan 3 juta yen sebagai bayaran sokongan one-off bagi mereka yang berhijrah.

Bagaimanapun, langkah tersebut menemui kegagalan, kerana hanya 2,400 orang memilih untuk keluar pada 2021, iaitu hanya 0.006% daripada penduduk Tokyo.

Di bawah skim itu juga, jumlah sehingga lima juta akan ditawarkan kepada pasangan yang mempunyai dua anak bawah umur 18 tahun untuk berpindah dan memulakan perniagaan di kawasan kediaman baru.

Jepun kini mengalami perubahan besar dalam demografinya di mana kadar kelahiran menurun dan kadar penduduk yang berusia 65 tahun ke atas pula meningkat.

Apabila lebih sedikit orang yang dilahirkan dan rakyat yang lebih muda berpindah ke Tokyo dan bandar-bandar metropolitan lain seperti Osaka, ia akan meninggalkan kawasan luar bandar dalam kekacauan.

Impaknya, perniagaan kecil dan kedai di luar bandar akan mengalami kesukaran mencari pelanggan dan pekerja.

Justeru, kerajaan kini sedang berusaha untuk merangsang ekonomi negara dengan mewujudkan aliran dari bandar ke luar bandar, meningkatkan pendapatan kawasan luar bandar dan menjalankan pemulihan wilayah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat