Penganalisis Antarabangsa Jangka Matawang GBP Akan Menguat Sepanjang Bulan Depan

991

Matawang GBP mungkin akan terus membuat kenaikan apabila salah satu daripada ‘dealer’ terbesar dalam tukaran matawang asing (forex) menjangka kenaikan matawang Sterling.

“April semakin hampir untuk GBP, yang cenderung mengukuh tidak kira apa sahaja situasi politik dan makroekonomi,” kata Kamal Sharma, strategist Forex di Bank of America Merril Lynch.

Seorang lagi penganalisis di Deutsche Bank, Oliver Harvey juga melihat matawang GBP akan terus membuat kenaikan terutamanya berbanding Euro. Beliau berkata April adalah bulan di mana matawang ini mengukuh berbanding matawang utama, dan April tahun ini ia sekali lagi akan mengukuh.

Jika kita lihat dari segi fundamental/sentimen terutamanya polisi monetari dan Brexit, kedua-dua faktor ini dilihat positif ketika ini.

Dari segi Brexit, apa yang menyokong GBP adalah hakikat bahawa EU-UK telah mempersetujui perjanjian peralihan pada minggu lalu. Sentimen positif Brexit ini ditambah lagi dengan laporan bahawa 27 negara EU telah menyediakan panduan hubungan dengan UK di masa hadapan.

Dalam sudut polisi monetari pula, Bank of England (BoE) semakin menunjukkan potensi besar untuk menaikkan kadar faedah pada Mei. Minggu lalu, bank pusat mengekalkan kadar faedah tetapi dua daripada ahli bank pusat mahu kadar faedah dinaikkan yang meningkatkan lagi potensi kenaikan pada Mei.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat