Penganalisis Ini Target BTC Tembus $50K, Tapi Bila Waktunya?

531

“Harapnya jangkaan dia betul, penat dah pelabur BTC nak tunggu ni.”

Penganalisis mata wang kripto diikuti secara meluas dipanggil PlanB yang pernah memberi beberapa ramalan kali ini menjangkakan Bitcoin (BTC) bakal menembusi $40,000 sehingga $50,000 dalam beberapa bulan akan datang.

Menurut PlanB kepada 58,200 pengikut dalam YouTube beliau, harga BTC juga berpotensi melonjak tinggi apabila aset digital tersebut menghampiri acara halving.

Umum mengetahui halving adalah peristiwa apabila ganjaran blok BTC dipotong separuh yang berlaku setiap empat tahun, tetapi persoalannya sekarang BTC akan berada pada paras berapakah semasa halving pada April 2024.

Namun, PlanB berpandangan BTC bakal menggunung sebanyak 50% daripada paras semasa untuk mencapai julat harga yang disebutkan beliau itu iaitu $40,000 mahupun $50,000.

Hal ini kerana PlanB pada bulan lalu mendedahkan terdapat penunjuk yang dapat menunjukkan bahawa aset digital teratas mengikut modal pasaran adalah sesuai untuk mencetuskan kenaikan harga dalam masa terdekat ini.

Beliau juga berkata BTC akan bergerak melebihi harga kos, di mana harga kos direalisasikan BTC ialah metrik untuk mendapat nilai purata bekalan aset digital tersebut yang dikira pada harga semasa coins terakhir dialihkan.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC masih menjunam sebanyak 0.93% pada paras $29,994 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal $582 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 1.86% sepanjang minggu lepas.

Pada sisi berbeza, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Galaxy Digital Mike Novogratz baru-baru ini telah mengumumkan kepada semua orang bahawa BTC dan Ethereum (ETH) adalah pelaburan jangka panjang terbaik untuk dibeli.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat