Penganalisis Pasaran Ramal Kadar OPR Dinaikkan Kepada 3% Pada 2023

730

‘Sudah bersediakah kita dengan kenaikan kadar yang agresif?’

Beberapa penganalisis meramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan bertindak menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3% tahun depan secara beransur-ansur.

Hal ini telah diketengahkan selepas BNM melaksanakan kenaikan 25 mata asas pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 6 Julai lalu, peningkatan ke-2 berturut-turut tahun ini di sebalik kadar inflasi yang memuncak.

Melihat kepada nota Kenanga Investment Bank Bhd, tekanan inflasi semasa berlakunya lonjakan harga makanan dan pemulihan berterusan terhadap permintaan dalam negeri akan mendorong kenaikan kadar selanjutnya.

Ia secara tidak langsung selari dengan kitaran pengetatan dasar monetari bank pusat global dalam memerangi peningkatan inflasi.

Sungguhpun begitu, BNM dijangkakan tidak akan bertindak agresif dengan melaksanakan kenaikan 50 mata asas.

Sebaliknya bank pusat negara Malaysia akan secara beransur-ansur menaikkan 25 mata asas pada mesyuarat September dan November sehingga akhir suku pertama 2023 sebanyak 3%.

Menyingkap nota CGS-CIMB Securities Sdn Bhd pula, BNM pasti akan memantau prospek perkembangan ekonomi terutamanya jika pertumbuhan permintaan dalam negeri kukuh dan tidak terkawal semasa adanya subsidi besar.

Rentetan itu, kenaikan kadar ke-3 tahun ini adalah satu kepastian sementara firma tersebut meramalkan lonjakan 50 mata asas sehingga OPR akhir 2023 mencapai 3%.

Pandangan AmBank Research pula menjangkakan BNM akan bertindak lebih agresif dalam menyejukkan inflasi dan membantu menyokong kelemahan ringgit berbanding dolar.

Ulas firma tersebut, BNM diramalkan akan menaikkan kadar 50 mata asas beberapa kali dan mengunjurkan pada akhir 2022 OPR akan berada pada 2.5% ke 2.75% sementara pada 2023 pula kadar akan mencecah 3%-2.25%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat