Penganalisis Sasar Kenaikan GBP/USD Sehingga Ke Paras $1.4000

997

Mata wang Pound Sterling terus bergerak kukuh sepanjang minggu ini. Adakah Pound mampu mencapai paras ketinggian $1.4000 berbanding US dolar?

Setakat dagangan sehingga sesi New York semalam, kenaikan harga berterusan pada carta pasangan mata wang GBP/USD dan berjaya melepasi rintangan 1.38300 sehingga mencapai ketinggian terbaru sekitar 1.38650. Paras tersebut adalah tertinggi sejak April 2018.

Perkembangan di UK, Perdana Menteri Boris Johnson memaklumkan berkenaan situasi pandemik di mana sebanyak 13 juta orang telah menerima dos vaksin pertama.

Beliau menambah lagi rakyat UK perlu bersedia untuk menerima suntikan vaksin tambahan berikutan negara yang berdepan varian virus baru.

Keyakinan pemulihan ekonomi berdasarkaan perkembangan vaksinasi di UK ini dilihat akan terus memberi kesan positif terhadap Pound Sterling.

Dengan situasi penyusutan berterusan US dolar juga, harga pada carta GBP/USD berpotensi untuk meneruskan kenaikan sehingga ke paras 1.40000.

Pergerakan harga juga dilihat masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang akan menyokong trend bullish harga.

Walaupun begitu, pelabur tetap berwaspada terhadap risiko untuk kejatuhan harga semula.

Zon RBS (resistance become support) pada 1.37000 dilihat sebagai paras tumpuan utama pada penurunan awal harga dengan isyarat untuk permulaan trend bearish.

Penurunan lebih rendah bakal menuju semula ke paras-paras penting sebelum ini sekitar 1.36000 dan juga 1.35000.

Data inflasi UK pada Jumaat akan menjadi perhatian para pelabur yang bakal mempengaruhi dagangan Pound Sterling di penghujung minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat