Penganalisis Tak Letak Harapan Pada Sektor Sarung Tangan

208

‘Dulu penulis ada tulis pasal cabaran yang bakal dihadapi oleh sektor ni. Kalau nak tahu apa pendapat para penganalisis, boleh tekan pautan ini.’

Sektor pembuatan sarung tangan Malaysia dijangka mengalami penurunan pendapatan bagi laporan suku tahunan dengan harga purata jualan (ASP) dan jumlah jualan yang rendah.

Supermax Corp Bhd, Careplus Group Bhd dan Rubberex Corp (M) yang akan mengeluarkan laporan bagi suku ke-4 tahun kewangan 2021 (4QFY21) pada bulan ini, dijangka mengalami nasib yang sama dengan Hartalega Holdings dan Kossan Rubber Industries Bhd.

Hartalega dan Kossan telah mencatat pendapatan di bawah jangkaan bagi 4QFY21 walaupun telah beberapa kali disemak oleh para penganalisis pada suku sebelumnya.

Kini Supermax menjadi tumpuan utama kerana ia akan mengumumkan keputusan pendapatan bagi 2QFY22 yang berakhir pada 31 Disember 2021.

Sebagai makluman, pada 1QFY22 lalu Supermax telah mencatat keuntungan setiap syer (EPS) sebanyak 24.6 sen yang mewakili 61% daripada ramalan konsensus FY22 sebanyak 40.3 sen EPS.

Namun, beberapa penganalisis telah menyemak semula ramalan pendapatan Supermax bulan lalu ekoran terdapat tuduhan amalan buruh paksa dan penamatan kontrak dari kerajaan Kanada.

CGS-CIMB Research yang menetapkan sasaran ‘hold’ dengan harga sasaran (TP) RM1 bagi Supermax berkata, penilaiannya untuk syarikat tersebut ‘tidak mengambil kira masalah alam sekitar, sosial dan tadbir urus dan pandangan mereka tentang penurunan yang lebih teruk daripada jangkaan keuntungan FY22-FY24.

Selain itu, MIDF Research dalam notanya berkata bahawa mereka percaya Supermax pasti mampu menyelesaikan masalah penamatan kontrak hasil kerja lebih cepat daripada pesaingnya, ekoran maklum balas daripada dasar pengurusan pekerja asing pada 3 Januari 2022 yang memenuhi piawaian buruh Organisasi Buruh Antarabangsa.

Minggu lalu ramalan konsensus EPS Kossan bagi FY22 yang berakhir 31 Mac 2022 disemak bawah 27% pada 14.3 sen selepas melewati ramalan EPS FY21 sebanyak 5.82%.

Bagi Hartalega pula, ia melewati ramalan EPS FY21 yang berakhir 31 Mac 2021 sebanyak 5.67% dan semakan bagi ramalan FY22 turun sebanyak 6.86% pada 96.2 sen.

Sementara itu, EPS Top Glove bagi 1QFY22 yang berakhir 30 November 2021 meningkat pada 2.32 sen yang mewakili 21.09% bagi konsensus penuh ramalan EPS FY222 sebanyak 11 sen setiap satu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat