Sektor Sarung Tangan Berdepan Cabaran Besar Menjelang 2022

182

Apa, akan berlaku Price War? May the force be with you! – penulis INTRADAY.my yang kebimbangan.

Sektor pembuatan sarung tangan akan menghadapi cabaran besar sehingga separuh pertama tahun depan (1H22) namun kedudukan tunai yang kukuh mungkin membantu dan mengurangkan impak cabaran tersebut.

Menurut penganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB), Sophie Chua Siu Li, purata harga jualan (ASP) sarung tangan dalam aliran menurun sejak pertengahan 2021 ekoran pelancaran program vaksinasi besar-besaran di seluruh dunia.

Menjelang 1H22, harga sarung tangan dijangka menurun 5% bulan ke bulan (m-o-m) berbanding 10% m-o-m pra-Covid-19 sebelum ini dengan ASP semasa pada US$25 atau RM105.69 sehingga US$36 setiap seribu keping manakala ASP pra-pandemik pada US$21 setiap seribu keping.

Chua menerangkan bahawa lonjakan permintaan sarung tangan sebelum ini telah menyebabkan harga getah nitril butadiena (NBR) lateks mengganda ke paras US$2.40 sekilogram dan dengan keadaan bakal kembali ke era pra-Covid-19, permintaan sarung tangan dijangka cecah paras US$1.10 sekilogram menjelang awal 2022.

Selain itu, Chua turut menyatakan kebimbangan mengenai margin pembuatan sarung tangan dijangka dimampatkan dengan berlakunya perang harga dari pembuat sarung tangan China yang berterusan mendapat permintaan dalam pasaran.

Dalam pada itu, Chua berkata, buat masa ini para pelabur telah mengelak daripada menyimpan stok sarung tangan bagi mengelak mengunci pembelian pada harga tinggi dan berpendapat aktiviti penyimpanan semula akan beransur-ansur disambung semula pada 1H22.

HLIB Research kekal saranan ‘neutral’ terhadap sektor sarung tangan dengan penarafan saham beritkut

  • Top Glove Corp – ‘sell’; harga sasaran (TP): RM1.56
  • Hartalega Holdings Bhd – ‘hold’; TP: RM6.10
  • Kossan Rubber Industries Bhd – ‘hold’; TP: RM2.65
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat