Penganalisis Turunkan Unjuran Top Glove Susulan Laporan Q1 Mengecewakan

177

Top Glove masih boleh relax lagi ke tu?

Para penganalisis telah menurunkan taraf Top Glove pada Isnin dengan menukar kepada posisi ‘jual’ selepas mereka mengurangkan harga sasaran (TP) diantara RM1.42 dan RM2.05 akibat keputusan laporan suku pertama syarikat yang berakhir 30 November 2021 (1QFY22) berada di bawah paras jangkaan.

Penganalisis Hong Leong Investment Bank Research, Sophine Chua dalam notanya pada Isnin menyatakan keputusan 1QFY22 Top Glove dibawah jangkaannya pada 7% dan 10% adalah kerana hasil yang lebih rendah daripada jangkaan dan operasi leverage berkurang.

Chua mengurangkan unjuran keuntungan teras Top Glove selepas cukai selepas kepentingan minoriti (PATAMI) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2022 (FY22) ke FY23 sebanyak 39% pada RM644.8 juta kepada 73% pada RM877.3 juta kerana purata harga jualan (ASP) yang rendah dari ramalan dan kadar penggunaan yang lemah.

Selain itu, penganalisis RHB Research Institute, Sean Chew menyatakan prestasi Top Glove merudum kerana permintaan lemah yang membawa kepada kadar penggunaan yang lemah.

Chew telah mengurangkan unjuran pendapatan Top Glove bagi FY22 sebanyak 60% pada RN632 juta, FY23 sebanyak 50% pada RM580 juta dan FY24 sebanyak 45% pada RM669 selepas menyemak semula andaian volum jualan sebanyak 18% kepada 26% selain turut menurunkan posisi dagangan Top Glove kepada ‘jual’ daripada ‘neutral’ selepas menyemak semula TP untuk saham kepada RM1.42 dari RM2.85.

Seterusnya, Ng Chi Hoong, penganalisis Affin Hwang Investment Bank Research menyatakan keputuran lemah Top Glove adalah kerana PATAMI 1QFY22 jatuh 70% tahun ke tahun (q-o-q) pada RM186 juta dengan hanya 7% dan 8% ramalan setahun.

Ng telah memotong anggaran pendapatan bagi FY22 sehingga FY24 sebanyak 26% kepada 62% (RM986.2 juta, RM1.16 juta dan RM 1.23 juta) bagi faktor volum jualan yang perlahan dan kelewatan pengembangan kapasiti.

Sementara itu, penganalisis Kenanga Research, Raymond Choo menyatakan keputusan laporan Top Glove yang lemah tersebut adalah kerana volum jualan dan margin yang rendah daripada jangkaan telah membuatkan kos bahan mentah input jatuh lebih perlahan daripada kejatuhan lebih tajam dalam ASP.

Bagi FY22, Choo mengurangkan margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBTDA) Top Glove kepada 19% daripada 28%, mengurangkan ASP kepada US$30 daripada US$32, mengurangkan pertumbuhan volum kepada 11% daripada 28% dan mengira kadar cukai berkesan lebih tinggi sebanyak 28% berbanding 20% sebelum ini disebabkan cukai makmur.

Jumaat lalu, Top Glove telah mengeluarkan laporan suku pertama 1QFY22 yang lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat