Pengarah Pengurusan IMF Enggan Mata Wang Kripto Dipandang Negatif

351

Hala tuju mata wang digital bank pusat (CBDC) semakin menunjukkan isyarat positif apabila kebanyakan negara sudah mula mempertimbangkan penerimaan aset ini dalam sistem kewangan.

Baru-baru ini gabenor Bank of France (BoF), François Villeroy de Galhau mendedahkan pengukuhan CBDC boleh dilihat secara jelas tiga tahun akan datang.

Manakala dalam jangka lima tahun lagi, CBDC akan digunakan secara meluas dalam keperluan dan perkhidmatan harian, sekaligus mendorong aset ini menjadi sistem yang luar biasa.

Ramalannya itu dikongsi dalam World Economic Forum di Davos semalam.

Kebetulan kenyataan daripada pengarah pengurusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva pada ketika itu menyokong ramalan de Galhau:

“Dunia akan menyaksikan kemunculan CBDC dalam lima tahun lagi.”

Tetapi figura itu tidak berpuas hati dengan insiden keruntuhan Terra (LUNA) pada awal Mei.

Georgieva menyifatkan jaminan 20% keuntungan yang tidak bersandarkan pada mana-mana aset sebagai satu perkara karut: “Ia adalah projek skim piramid.”

Pun begitu, beliau menekankan kesemua projek mata wang kripto tidak sepatutnya dipandang negatif.

Misalnya stablecoin: “Sesetengah projek layak digelar sebagai “stablecoin” kerana ia disokong 1:1 oleh aset yang stabil..Bagi saya, pelabur yang berdepan dengan kerugian adalah kerana mereka masih belum faham dengan konsep pelaburan baharu ini.”

Susulan daripada itu, Georgieva menggesa orang ramai untuk tidak mengabaikan kepentingan keseluruhan mata wang digital kerana apabila aset ini diselia baik dan diberi pendedahan sewajarnya, ia akan memudahkan masyarakat dengan tawaran perkhidmatan laju pada kos yang rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat