Harga minyak mentah mula pulih dalam sesi Asia berikutan penurunan jumlah eksport pada bulan Disember oleh Iraq ke pelabuhan selatan di Basra. Iraq juga dijangka akan menurunkan jumlah bekalan di utara yang juga sebahagian dari usaha untuk mengurangkan bekalan yang telah dicapai oleh OPEC.
Menurut sumber, Iraq yang juga pengeluar kedua terbesar bagi OPEC menyalurkan bekalan minyak mentah kepada tiga penapis di Asia dan Eropah.
Dalam sesi ini, minyak mentah bagi penghantaran Februari di NYMEX meningkat sebanyak 0.12 peratus kepada $52.02 setong. Di ICE London, minyak Brent pula didagang menaik sebanyak 0.07 peratus kepada $54.81 setong.
Dalam masa yang sama, Institut Petroleum Amerika akan mengeluarkan laporan inventori minyak mentah untuk minggu lepas pada lewat hari ini. Angka ini juga diikuti dengan laporan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga AS pada Rabu.
Semalam, harga minyak jatuh menjunam selepas pertambahan aktiviti penggerudian AS dijangka akan mengganggu perjanjian pembekuan bekalan oleh OPEC dan beberapa pengeluar utama sebelum ini.
Menurut pembekal perkhidmatan medan minyak Baker Hughes, bilangan pelantar penggerudian minyak di AS meningkat sebanyak 4 hingga 529 buah pelantar, sekali gus mencatat peningkatan terbesar buat kali ke sepuluh berturut-turut dalam tempoh setahun.
Sesetengah penganalisis juga memberi amaran bahawa perhimpunan keuntungan minyak mentah baru-baru ini hanya akan merugikan diri sendiri kerana ia akan menggalakkan lebih banyak aktiviti cari gali oleh penggerudi di Amerika Syarikat.
Peniaga minyak mentah juga memantau dari semasa ke semasa proses perjanjian pembekuan bekalan yang telah dirancang sebelum ini bagi membendung isu lebihan bekalan dan menolak harga ke paras yang lebih tinggi.
Bekalan global perlu dikurangkan hampir 2 peratus atau kira-kira 1.8 juta tong sehari yang bermula bulan ini.
Data PPI China Meningkat Pada Kadar Terpantas dalam Tempoh 5 Tahun!