Pengeluaran Industri UK Naik 0.5% Pada Jun

44

Pengeluaran industri di UK meningkat 0.5% pada Jun selepas tidak mencatat perubahan pada Mei dan juga melebihi jangkaan pasaran kenaikan 0.1%. Bacaan dari tahun ke tahun pula meningkat kepada 0.3% dari kejatuhan 0.2% sebelum ini.

Pengeluaran dalam sektor pembuatan pula tidak berubah pada Jun yang mana sejajar dengan jangkaan pasaran. Bacaan tahunan pula meningkat 0.6%.

Bagi suku kedua, pengeluaran merosot 0.4% di mana pengeluaran sektor pembuatan jatuh sebanyak 0.6%. Kelemahan ini disebabkan oleh kejatuhan 2.2% dalam sektor pengangkutan.

Dijangka pengeluaran akan berkurang sebanyak 0.4% pada suku kedua 2017 yang menyumbang kepada pertumbuhan GDP yang lemah di paras 0.3%.

Pertumbuhan dalam pengeluaran pada bulan tersebut didorong oleh kenaikan yang signifikan dalam keluaran minyak dan gas di mana terdapat kejatuhan yang signifikan dalam pengeluaran kereta yang akan mengekalkan kebimbangan terhadap sektor pembuatan.

Dalam data berlainan, pengeluaran dalam sektor pembinaan juga jatuh 0.1% berbanding jangkaan kenaikan 1.2% di mana defisit dagangan lebih besar daripada jangkaan pasaran berikutan kejatuhan eksport yang mendadak.

Kombinasi antara kelemahan pengeluaran sektor pembuatan dan kejatuhan eksport dilihat akan meningkatkan kebimbangan terhadap ekonomi secara keseluruhan khususnya sektor perindustrian yang disokong oleh kelemahan Sterling sejak referendum Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat