Pengeluaran Industri Zon-Eropah Jatuh Lebih Dari Jangkaan

49

Pengeluaran industri dalam 19 negara yang menggunakan matawang Euro jatuh lebih daripada jangkaan pada Jun berikutan pengeluaran modal dan barangan tahan lama (durable goods) yang jatuh mendadak seperti yang dilaporkan oleh Pejabat statistik Eropah pada Isnin.

Pengeluaran perkilangan paling banyak merekod kejatuhan di Ireland dan Malta, manakala dua ekonomi terbesar Zon-Eropah iaitu Jerman dan Perancis turut mencatat kejatuhan. Walaubagaimanapun, Belanda dan Itali menunjukkan kenaikan pengeluaran pada tempoh sama.

Secara keseluruhan, pengeluaran industri di Zon Eropah jatuh sebanyak 0.6% pada Jun tetapi masih meningkat 2.6% dari tahun ke tahun.

Selepas kenaikan 2.2% pada Mei, pengeluaran barangan modal seperti mesin jatuh 1.9%. Pengeluaran dalam barangan pengguna seperti mesin jatuh 1.2% pada Jun berbanding kenaikan 1.4% pada Mei.

Data ini biasanya tidak memberi kesan yang besar kepada pasaran kerana data Perancis dan Jerman yang mewakili 50% pengeluaran dikeluarkan lebih awal.

Minggu ini pasaran Eropah akan memberi tumpuan kepada data pertumbuhan ekonomi Jerman dan Zon Eropah yang masing-masing dikeluarkan pada Selasa dan Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat