Penggubal Dasar Fed Sudah Bersuara, USD Berubah Arah?

373

Permulaan dagangan awal minggu memperlihatkan dolar Amerika dibuka lebih tinggi selepas tersungkur pada minggu lalu.

Kemerosotan inflasi Amerika Syarikat kepada 7.7% pada bulan lalu sudah cukup mendorong penurunan dalam hasil perbendaharaan dan US dolar berikutan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan kenaikan kadar faedahnya.

Namun, jangkaan ini tersasar dengan kenyataan Gabenor Christopher Waller yang memberi amaran kepada pelabur supaya tidak terlalu berlebihan dengan satu angka inflasi sahaja.

Ujar beliau, Fed memerlukan beberapa lagi penurunan inflasi untuk bank pusat itu mengambil langkah keluar daripada pengetatan monetari.

Ini menjawab soalan kepada kenapa indeks dolar dibuka lebih tinggi pada sesi dagangan Asia hari ini, namun ia kekal didagangkan pada sekitar paras terendah 2 setengah bulan.

Ekoran daripada itu, mata wang euro dan pound mengurangkan sedikit pengukuhan dengan masing-masing kehilangan sekitar 0.2% dan 0.3% pada awal sesi.

Bagaimanapun, kedua-dua mata wang kekal didagangkan lebih tinggi berbanding dolar greenback, mengekalkan keuntungan yang dicatatkan minggu lalu.

Menjadi tumpuan minggu ini buat pelabur pound adalah penerbitan data inflasi UK pada Rabu dan pembentangan belanjawan Menteri Kewangan Jeremy Hunt pada Khamis.

Tumpuan turut disasarkan kepada pertemuan antara Presiden AS Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping pada sidang kemuncak G20 Bali pada Isnin yang akan membincangkan isu Taiwan, perang Rusia-Ukraine dan nuklear Korea Utara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat