Penggubal Dasar Paling Berpengaruh Ini Ada Pandangan Tersendiri Mengenai Keadaan Ekonomi Semasa!

36

Sehari sebelum  Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden AS(waktu Malaysia), pengubal dasar Fed yang paling berpengaruh ini memberi kenyataan bahawa prospek ekonomi semasa berada pada tahap yang paling tidak menentu dari kebiasaannya.

Menurut Presiden Fed San Francisco, John Williams dalam satu kenyataan di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Solano di Fairfield, California Fed sentiasa berdepan dengan ketidakpastian sewaktu menetapkan sebarang dasar kewangan. Hal ini bukan hanya disebabkan oleh perubahan dasar fiskal, peralihan pentadbiran dan ahli kongres yang baru, namun lebih kepada penetapan polisi yang bersesuai dengan keadaan ekonomi.

Sejak kebelakangan ini juga, persekitaran ekonomi, ketidaktentuan harga komoditi global juga antara faktor yang memberi kejutan buat ekonomi AS.

Memetik komen Janet Yellen pada Rabu, Williams berkata bahawa adalah wajar sekiranya Fed menaikkan kadar faedah sekarang memandangkan ekonomi berada pada tahap yang memuaskan.

Beliau juga berkata bahawa Fed akan memikirkan jalan terbaik dalam penetapan kadar untuk mencapai matlamat kita.

Ini Sebab Kenapa Aussie didagang Melemah Pagi Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat