Ini Sebab Kenapa Aussie didagang Melemah Pagi Ini!

68

Dollar Australia berada dalam dagangan yang agak lemah pada Jumaat sementara menanti data pertumbuhan ekonomi, jualan runcit dan pengeluaran industri dari China.

AUD/USD didagang menurun sebanyak 0.07 peratus memandangkan China ialah destinasi perdagangan utama bagi komoditi dari Australia.

AUD/USD, 30 minit

Dalam sesi ini juga, USD/JPY melonjak sebanyak 0.19 peratus.

USD/JPY, 30 minit

Di China, data KDNK bagi suku keempat tahun 2016 dan keseluruhan tahun dijangka kekal pada peratusan 6.7. Selain data KDNK, negara tersebut juga akan mengumumkan data pengeluaran perindustrian dan jualan runcit dengan ramalan peningkatan sebanyak 6.1 dan 10.7 peratus.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang US Dollar kali terakhir dinilai merosot sebanyak 0.21 peratus kepada 101.10.

Semalam, US Dollar didagang meningkat berbanding matawang utama yang lain pada Khamis berikutan sokongan dari data positif yang dikeluarkan di AS. Namun begitu, kebanyakan pelabur masih menumpukan fokus mereka kepada hari perlantikan Donald Trump secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Semalam, Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi mengakui bahawa prospek pertumbuhan Zon Euro diniali bertambah baik namun mengulangi bahawa program pelonggaran kuantitatif boleh ditingkatkan jika prospek ekonomi agak kurang menggalakkan.

ECB mengekalkan penanda aras tidak berubah pada rekod 0.0 peratus, menepati ramalan pasaran, selain meletakkan program pelonggaran kuantitif pada nilai € 80 bilion.

Di tempat lain, jabatan Buruh AS melaporkan bahawa jumlah tuntutan awal pengangguran pada minggu berakhir 14 Januari lalu jatuh sebanyak 15,000 hingga 234,000, berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 5,000 pekerjaan.

Dalam masa yang sama, Jabtaan Perdagangan AS melaporkan bahawa data perumahan menunjukkan lonjakan sebanyak 11.3 peratus kepada 1.226 juta unit bulan lepas.

Namun begitu, permit bangunan melaporkan penurunan yang tidak disangka-sangka sebanyak 0.2 peratus.

BNM akan Terus Menggunakan ‘Easing Policy’, Kadar Kekal Pada Tahap 3 Peratus!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat