Peniaga Komoditi Ini Naik Muak Mendengar Masalah Yang Sama!

33

Harga minyak kembali jatuh pada sesi ini kerana tumpuan pasaran beralih semula kepada isu pembekuan bekalan yang tiada kesudahan. Menurut ANZ Bank, masalah ini juga dijangka akan berlarutan kecuali OPEC dan pengeluar utama yang lain memotong pengeluaran minyak mentah dari negara masing-masing.

WTI mentah dilaporkan menyusut sebanyak 26 sen daripada sesi sebelum ini. Selain itu, pengukuhan US Dollar juga merupakan salah satu punca harga komoditi ini menjunam hari ini.

Dalam masa yang sama, minyak brent menurun sebanyak 17 sen atau 0.4% kepada $45.67 setong.

Masalah lebihan bekalan ini telah memberi tekanan kepada pasaran minyak mentah semenjak 2 tahun yang lalu.

Dalam laporan bekalan minyak bulanan, OPEC berkata bahawa bekalan minyak global meningkat sebanyak 800,000 tong pada bulan Oktober kepada 97.8 juta tong dalam masa sehari. Pengeluaran oleh negara-negara yang bukan tergolong dalam kumpulan OPEC juga dilaporkan meningkat.

Sementara itu, IEA menjangkakan unjuran pertumbuhan permintaan bagi tahun 2016 dan meramalkan peningkatan pada kadar yang sama bakal dicatat tahun depan. Pun begitu, sejak tahun 2015, pertumbuhan pasaran minyak mentah telah beransur-ansur melemah sehingga ke hari ini.

Selain lebihan bekalan, lonjakan Dollar akibat kejutan pemilihan Donald Trump juga terus menekan harga komoditi ini.

Perkembangan Terkini Mengenai Pasaran Forex di Seluruh Dunia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat