Peningkatan Data US Menguatkan US Dolar Sejurus Data Dikeluarkan

48

Data jualan runcit US baru sahaja dikeluarkan pada pukul 9.30 malam tadi. Bacaan bagi jualan runcit meningkat 0.6% pada Disember yang menunjukkan peningkatan yang agak besar berbanding bacaan yang dicatatkan pada bulan sebelum iaitu kenaikan 0.2% yang telah dikaji semula dari bacaan sebelum ini iaitu 0.1%. Jangkaan bagi data kali ini ialah 0.5%.

Jualan bagi kenderaan bermotor meningkat sebanyak 2.4% pada bulan sama berbanding peningkatan 0.5% sebelum ini.

Manakala data teras jualan runcit (core-retail sales) yang digunakan bagi menganggar jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat 0.2% pada bulan sama. Data ini tidak mengambilkira jualan kenderaan, stesen minyak dan bahan pembuatan bangunan.

Indeks keyakinan pengguna yang meningkat pada Disember, diterjemahkan ke dalam peningkatan jualan runcit hari ini. Indeks keyakinan pengguna yang diumumkan sebelum ini mencatatkan kenaikan kepada 98.2 dari 93.8 sebelum itu.

Data yang dikeluarkan ini, dijangka memperbaiki sentimen terhadap pasaran US, selepas sidang media Trump sebelum ini menyebabkan kejatuhan US dolar.

Sejurus data dikeluarkan, matawang US dolar menguat berbanding majoriti matawang utama yang lain dengan Eur/Usd jatuh hampir 40 pip. Walaubagaimanapun, Eur/Usd membuat reverse ke atas semula tidak sampai dalam masa 15 minit data ini dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat