Penjualan Komputer Kembali Suram Seperti Era Sebelum Pandemik

376

‘Biasalah, mesti ada turun naik tapi mungkin industri komputer akan berkembang semula dengan kerancakan perlumbaan metaverse.’

Memandangkan kebanyakan negara di dunia sedang beralih ke fasa endemik, yang membolehkan kebanyakan orang untuk kembali ke pejabat dan ke sekolah, permintaan terhadap industri komputer peribadi (PC) kembali suram seperti era sebelum Covid-19.

Permintaan serta penghantaran PC diseluruh dunia menyaksikan penurunan yang tajam terutamanya pada suku pertama 2022, dengan penyusutan sebanyak 7.3% pada dasar tahunan pada 77.5 juta unit bagi penghantaran PC global.

Situasi ini sedikit berbeza jika dibandingkan dengan tahun 2020, ketika wabak pandemik Covid-19 pertama kali melanda dunia.

Semasa tahun 2020, International Data Corp (IDC) melaporkan penjualan PC (termasuk komputer riba) menerima lonjakan memberangsangkan pada 13% atau 302 juta unit berbanding tahun sebelumnya.

Ketika itu, syarikat komputer gergasi dunia menerima manfaat dengan berlakunya lonjakan pada saham mereka, di mana HP capai 20%, Dell naik 55% dan Apple lonjak 67%.

Menurut Naib Presiden IDC, Ryan Reith, pendorong utama kepada peningkatan pada 2020 adalah disebabkan oleh faktor kerja dari rumah (work from home) dan pembelajaran jarak jauh (remote learning).

Terangnya lagi, terdapat juga peningkatan permintaan bagi PC permainan dan monitor termasuk peranti berasaskan Chrome yang mulai berkembang dari sektor pendidikan ke pasaran pengguna lain.

Kemudian tahun berikutnya pada 2021, penjualan PC bercambah sehingga 15% sekaligus mencapai paras tertingginya sejak 2012 sebelum ia menurun perlahan-lahan.

Walau bagaimanapun, landskap tersebut berubah pada tahun 2022 dengan ICD meramalkan penurunan sebanyak 5.1% pada 80.5 juta unit penghantaran PC di seluruh dunia.

Malahan, Canalys, penganalisis pasaran teknologi turut melaporkan penurunan 3% dalam penghantaran PC bagi suku pertama 2022 walaupun ia menganggarkan jumlah pendapatan PC masih meningkat.

Faktor yang menjadi cabaran kepada penurunan PC yang lain adalah masalah kekurangan bekalan cip yang berterusan menghantui pembekal alat ganti walaupun semasa pandemik masih berlaku.

Selain itu, tidak dilupakan isu sekatan ke atas Rusia ekoran tindakan kerajaan Moscow menyerang Ukriane turut memburukkan lagi impak penyusutan terhadap penjualan PC.

Sungguhpun begitu dengan keadaan Covid-19 yang kembali mengganas di Shanghai, sehingga menyebabkan bandar tersebut diarahkan menjalani perintah berkurung, ia secara tidak langsung memberi sedikit sinar kepada industri PC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat