Pentagon Umum Pemenang Bagi Kontrak DEOS

271

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mengumumkan kontrak bagi Defense Enterprise Office Solition (DEOS) yang bernilai $7.6 bilion bakal diberikan kepada syarikat CSRA, Dell dan Minburn Technology Group. General Dynamics (GD) merupakan pemilik kepada CSRA setelah membeli syarikat itu pada tahun lalu dengan nilai $9.7 bilion.

DEOS yang merupakan kontrak kedua terbesar selepas Joint Enterprise Defense Infrastructure (JEDI) akan menyediakan kerjasama berasaskan “cloud” dan perkhidmatan email kepada Jabatan Pertahanan di bawah perjanjian “blanket purchase”.

Berikutan berita ini, saham bagi syarikat GD dan Dell masing-masing menunjukkan kenaikan. Saham GD naik $4.03 kepada $189.47 dan saham Dell naik $1.47 kepada $46.77.

Meskipun Microsoft gagal untuk memenangi kontrak ini secara keseluruhan, syarikat itu masih menjadi sebahagian daripada kontrak kerana DEOS masih menggunakan platform Microsoft Office 365. Berikutan itu, saham Microsoft juga naik $2.56 kepada $138.12.

Kontrak itu akan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada lebih daripada 3 juta pengguna Jabatan Pertahanan termasuk penyelesaian produktiviti pejabat, mesej, fungsi pengurusan kandungan dan alat kerjasama seperti persidangan web dan lain-lain. Kontrak ini membawa tempoh asas lima tahun, dengan tambahan lima tahun sebagai pilihan.

Persamaan di antara DEOS dan JEDI ialah masing-masing mengandungi keperluan keselamatan “Impact” tahap 5 dan 6 yang merupakan dua tahap tertinggi di dalam tahap keselamatan IT di AS. Hanya Microsoft dan Amazon sahaja yang merupakan calon akhir kontrak JEDI memenuhi kriteria itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat