[Penting] Amerika Cadang Tariff 25% Terhadap $200 Billion Import China

545

Sentimen berisiko (Risk-Off) tercetus pada sesi Asia hari Rabu apabila pentadbiran Trump mencadangkan kadar tariff sebanyak 25% terhadap $200 billion produk import dari China. Sebelum ini kadar tariff dicadangkan pada 10% dalam usaha memberi tekanan kepada perdagangan China.

Seperti biasa, antara matawang yang paling banyak terkesan daripada sentimen semasa ketika ini adalah AUD dan NZD. Kedua-dua matawang dilihat melemah berbanding beberapa matawang utama yang lain setakat awal sesi London hari ini.

Presiden Trump telah berkata pada 10 Julai lepas bahawa akan mengenakan 10% tariff terhadap produk import China.

Produk tersebut termasuklah, makanan, bahan kimia, keluli, aluminium, dan barangan pengguna daripada makanan anjing, perabot, dan karpet sehinggalah kepada tayar kereta, basikal, dan produk kecantikan.

Walaupun tariff ini masih belum berkuatkuasa, tetapi cadangan meningkatkan kadar daripada 10% kepada 25% dikhuatiri akan meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara.

Sumber menyatakan, pentadbiran Trump dijangka akan mengumumkan cadangan yang lebih keras seawal hari Rabu.

Respon daripada Beijing sekitar pukul 3 petang tadi menyatakan China akan membalas sebarang tindakan halangan perdagangan (tariff). Ia dinyatakan sendiri oleh jurucakap Kementerian Luar Geng Shuang, sambil menyatakan “Usaha Amerika untuk memberi tekanan tidak akan berhasil dan Beijing sentiasa mahu menyelesaikan isu dengan dialog.”

People’s Bank of China (PBOC) iaitu bank pusat China pada Rabu menurunkan nilai matawang Yuan berbanding US dollar. Ia dilihat oleh penganalisis sebagai salah satu strategi China dalam melawan serangan dagang oleh Amerika. Dengan menurunkan nilai matawang, ia akan menjadikan produk China menjadi lebih murah secara relatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat