Penularan Wabak Koronavirus Akan Mendorong Kepada Pengurangan Kadar Faedah? Ini Pendapat Fed James Bullard!

502

Pasaran menjangkakan pengurangan kadar faedah akan berlaku, hal ini adalah disebabkan ketakutan terhadap wabak koronavirus sebagaimana menurut Presiden St. Louis Fed James Bullard pada hari ini.

Setakat ini para pegawai bank pusat menunjukkan bahawa mereka berpuas hati dengan keadaan ekonomi A.S dan mengambil keputusan untuk mengekalkan dasar sambil memantau perkembangan ekonomi.

Walaubagaimanapun, para pedagang dalam pasaran niaga hadapan berpendapat terdapat sebanyak 54% kemungkinan pengurangan kadar faedah akan dilakukan pada bulan Jun dan 58% kebarangkalian pengurangan kadar kali kedua pada akhir tahun ini. Kebarangkalian ini adalah berdasarkan alat pemantauan FedWatch CME.

Namun dalam temu bual dengan “Box Squawk” CNBC, Bullard menolak kemungkinan akan berlakunya pemotongan kadar, dengan mengatakan dasar semasa adalah berada pada landasan yang betul.

Mengenai wabak koronavirus, Bullard berpendapat bahawa ada kebarangkalian yang tinggi bahawa wabak koronavirus adalah seperti virus lain iaitu ia hanya memberi kejutan sementara dan semuanya akan kembali seperti biasa. Namun masih terdapat kebarangkalian yang rendah bahawa wabak ini akan menjadikan ekonomi lebih buruk dan hal ini menyebabkan pasaran terpaksa meningkatkan harga barangan.

Selain daripada kebimbangan virus, para pegawai Fed secara umumnya optimis mengenai prospek masa hadapan dengan mengatakan pasaran buruh A.S. masih kukuh dan terdapat tanda-tanda dalam pertumbuhan global akan meningkat adalah kadar faedah yang ditetapkan sekarang adalah sesuai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat