Data harga pengguna yang lemah di China menyebabkan harga emas sedikit merosot pada Khamis. Namun begitu, kejatuhan logam ini kekal terhad disebabkan risiko geopolitik dari semenanjung Korea dan Timur Tengah kekal menyokong permintaan bagi logam berharga ini.
Emas bagi penghantaran April di Comex menurun sebanyak 0.20 peratus kepada $1,206.95 satu troy ounce. Bagi dagangan logam lain, silver futures menyusut sebanyak 0.35 peratus manakala dagangan copper menyusut sebanyak 0.04 peratus.
Menurut Biro Perangkaan Negara, data harga pengguna di China jatuh ke tahap paling rendah dalam tempoh dua tahun berbanding keuntungan yang dijangka sebelum ini.
Dalam masa yang sama, angka CPI juga jatuh 0.2 peratus pada bulan Februari berbanding bulan sebelumnya.
Semalam, harga emas merosot ke paras terendah dalam tempoh sebulan pada Rabu selepas data pekerjaan ADP dilaporkan lebih baik dari jangkaan awal penganalisis, sekali gus menyokong jangkaan pasaran terhadap prospek kenaikan kadar yang bakal diumumkan bulan ini.
Niaga emas telah mula berundur sejak Pengerusi Fed, Janet Yellen memberi isyarat bagi menaikkan kadar pada bulan Mac jika inflasi dan data pekerjaan berada pada landasan yang betul.
NAFTA Perlukan Sekurang-Kurangnya Setahun Untuk Proses Rombakan Semula!