Penurunan Nilai Bitcoin Dijangka Berakhir Pada $12,400

697

Bitcoin (BTC) pada awal pagi ini menunjukkan sedikit lonjakan kepada harga $17,410, meningkat 1.25% daripada tahap terendah 24 jam bernilai $16,943.

Prestasi aset Satoshi Nakamoto sejak beberapa bulan lalu begitu menguntungkan, mencatat rekod penembusan sebelum gagal mengatasi all-time high (ATH), mendorong kepada pembetulan harga (correction) yang agak besar.

Indikator teknikal pada timeframes harian telah mencapai jangka masa panjang bagi keadaan oversold dan timeframe mingguan telah menembusi kawasan bull market.

Bagaimanapun, ketika trend aset ini ‘hangat’, pembetulan harga juga turut memburuk.

Bitcoin semalam ditetapkan pada paras ketinggian $19,500 dan aset tersebut berjaya melepasi paras terendah $16,100 pada hari ini, kini ketika penulisan sedikit susut kepada nilai $17,209.

Kenaikan harga terkini akan mendorong kepada pembelian dalam setiap penyusutan, berpotensi untuk menerima tekanan dahulu sebelum lonjakan seterusnya.

Buat masa sekarang, pada timeframes mingguan, pembetulan dijangka mencapai 37% sekitar $12,400. Data juga menunjukkan pada bull market terakhir, BTC telah susut pada 37%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat