Penyelia AS Beri Jaminan Undang-Undang Baru Matawang Kripto Yang Positif

223

Pegawai Eksekutif Office of the Comptroller of the Currency (OCC), Brian Brooks telah menepis desas-desus yang timbul mengenai pengenalan undang-undang baru terhadap wallet kripto yang disegerakan sebelum tamat pentadbiran presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Menurut Brooks, etika penting dalam isu ini adalah ketelusan terhadap apa yang dibenarkan.

Misalnya, persoalan mengenai bank sama ada boleh dihubungkan secara langsung dengan blockchain sebagai rangkaian pembayaran atau pun tidak, dan telah diputuskan ‘ya’.

Penjelasan itu disuarakan dalam temubual bersama CNBC pada Jumaat lalu.

Buat masa sekarang, pihak mereka sepenuhnya memberi perhatian kepada pembangunan rangkaian di sebalik Bitcoin dan matawang kripto yang lain bagi mengelakkan dari sebarang jenayah penyelewengan wang.

Brooks turut memberi jaminan bahawa tiada sekatan yang akan dikenakan terhadap Bitcoin dan lebih banyak berita baik mengenai kripto ketika penggal Trump semakin menuju ke penghujungnya.

“Isu kripto akan semakin jelas dalam beberapa minggu lagi,”

“Ini dapat membantu pelabur kripto bagaimana untuk melabur dan bagaimana kebanyakan institusi boleh diklasifikasikan sebagai kelas aset.” katanya.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat