Penyongsangan Pada Hasil Bon AS Berlaku Lagi!

429

Kembali membimbangkan pasaran adalah penyongsangan pada hasil bon Amerika Syarikat sekali lagi pada Khamis dengan menunjukkan hasil pulangan bon 10-tahun AS bergerak lebih rendah berbanding hasil pulangan bon 2-tahun AS. Ini merupakan kali ketiga petunjuk awal terhadap risiko kemelesetan ekonomi memberikan isyarat.

Perkara tersebut berlaku setelah susulan Presiden Fed cawangan Kansas City, Esther George dan juga Patrik Harker dari cawangan Fed Philadelphia yang menyatakan mereka tidak melihat keperluan untuk menurunkan kadar faedah ke paras lebih rendah selepas penurunan Julai.

Kadar faedah terkini dikatakan berada di paras yang neutral dan para penggubal polisi harus memantau kesannya terhadap ekonomi terlebih dahulu.

Turut menyokong alasan tersebut apabila dinyatakan bahawa pasaran buruh adalah kukuh serta kadar inflasi sedang menunjukkan pertumbuhan dan menghampiri sasaran bank pusat.

Menjadi tumpuan pada hari ini adalah simposium tahunan yang diadakan di Jackson Hole, Wyongmin di mana menghimpunkan ahli-ahli bank pusat serta individu-individu penting dalam pasaran kewangan berkumpul untuk membincangkan cabaran polisi monetari dalam mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu.

Pelabur telah menyerap jangkaan 90% kebarangkalian penurunan 25 mata asas oleh Fed dengan minit mesyuarat yang dikeluarkan awal pagi semalam tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika mesyuarat FOMC lalu.

Ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell pada malam ini diramalkan menjadi petunjuk terhadap hala tuju polisi monetari dan memandu dagangan dolar Amerika Syarikat lebih jelas pada minggu hadapan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat