Perang Dagang : China Dan Amerika Syarikat Memulakan Pusingan Baru Pengenaan Tarif

542

1 September merupakan tarikh dimana China dan Amerika Syarikat mula saling mengenakan tarif tambahan ke atas barangan negara masing-masing sehingga menyebabkan perang dagang semakin tegang. Walaubagaimanapun, menurut Presiden Donald Trump kedua-dua belah pihak akan saling bertemu untuk berunding pada bulan ini.

Trump menulis di laman Twitter beliau, bahawa matlamat beliau adalah untuk mengurangkan kebergantungan Amerika Syarikat terhadap China dan dalam masa yang sama menggesa syarikat-syarikat Amerika untuk mencari pengeluar alternatif selain China.

China telah mensasarkan tarif ke atas minyak mentah AS dan ini merupakan pertama kali minyak menjadi sasaran pengenaan tarif sejak 2 negara tersebut memulakan perang dagang. Disisi lain, pentadbiran Trump mula mengenakan tarif sebanyak 15% ke atas lebih $125 billion barangan import China.Sebagai tindak balas China mula mensasarkan tarif tambahan ke atas $75-billion barangan AS.

Pada hari Ahad lepas, kedua-dua belah pihak saling membalas komen. Trump mengatakan sudah cukup untuk Amerika Syarikat asyik bergantung kepada China dan selepas ini AS tidak boleh membenarkan China mengaut keuntungan semahunya. China pula memuat kenyataan balas bahawa Amerika Syarikat seharusnya bertindak lebih matang sebagai negara yang mempunyai kuasa besar dan berhenti menjadi seorang ‘pembuli’.

Susulan daripada laporan ini beberapa bursa Saham dibuka rendah dan bercampur pada hari berikutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat