Perang Rusia-Ukraine Punca Ekonomi Global Makin ‘Teruk’ – IMF

373

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengurangkan ramalan pertumbuhan globalnya berikutan perang di Ukraine, dengan memberi amaran bahawa pencerobohan Rusia boleh membawa kepada pemecahan ekonomi dunia.

Menurut kemas kininya yang terbaharu, IMF berkata prospek telah merosot dengan ketara dalam tempoh tiga bulan lalu apabila ia mengurangkan anggaran pertumbuhan global untuk 2022 daripada 4.4% kepada 3.6%.

IMF juga mengatakan pertumbuhan di setiap negara kumpulan G7 diramalkan kurang pesat tahun ini berbanding yang dijangkakan sebelumnya, dan terdapat risiko yang kuat untuk menjadi lebih buruk.

Perang di Ukraine telah mewujudkan prospek yang sangat nyata bahawa sebahagian besar daripada pemulihan Covid-19 baru-baru ini akan terhapus, menurut IMF.

Tambahnya lagi, sekatan coronavirus yang kerap dan lebih meluas di China telah memperlahankan aktiviti ekonomi di negara itu dan boleh menyebabkan kesesakan baharu dalam rantaian bekalan global.

Menurut IMF, ekonomi Amerika Syarikat diramalkan mengalami kerosakan paling sedikit akibat perang dengan pengembangan sebanyak 3.7% pada tahun ini, sedikit turun dari anggaran awal untuk pertumbuhan 3.9%.

Sementara Jerman dan Itali, di mana kedua-duanya lebih terdedah kepada impak dari sekatan terhadap Rusia, dijangka akan mengalami pertumbuhan sebanyak 2.1% dan 2.3% dengan masing-masing turun sebanyak 1.7% dan 1.5% daripada unjuran sebelumnya.

UK pula dijangka menjadi negara yang berprestasi paling baik dalam G7 tahun ini, walaupun unjurannya dikurangkan kepada 3.7% daripada 4.7%. Namun, negara itu dijangka akan mengalami penurunan ketara pada 2023 dengan pertumbuhan hanya 1.2% berikutan kos sara hidup yang tinggi.

Selain itu, IMF menjangkakan ekonomi Ukraine menyusut sebanyak 35% tahun ini, manakala sekatan Barat ke atas Rusia meletakkannya di landasan untuk penguncupan 8.5%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat